BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

20 February 2015

alhamdulillah. its time to begin.

Masa exam final sem dengan repeat paper stpm dulu .. Menangis nak study. Tido pun cukup cukup jee konon stay up nak study. Minum nescafe tiap tiap malam konon tahan mengantuk. Nasib baik tak diabetis sekarang ni. Haha
Bila keluar result, menangis sensorang sebab result cukup cukup makan jee. Hahahaha. Drama betul. Result member lain semua power. Kecewaaa pun tak guna. Padan muka diri sendiri. Masa awal sem, main main.
Tapi confident level mmg power. Berlagak lagi. Steady jee apply UPU. Hampir semua form apply sport science sebab pointer subjek tu jee yg paling power. Yg lain memang kelaut. Kahkahhh
A few weeks later, keluar result UPU. Mase tu bajet bajet jee dapat. Nervous kemain nak check. Hahahahahaha. Bila check, dia tulis 'nama anda tiada dalam senarai'. Esok lusa check lagi. Keluar mende sama. Hahahaha. Taknak terima kenyataan. *loser yaya. Memang tak dapat lah tu.
Lepastu down. Tapi takde laa down sangat. Sibuk main. Aktiviti sana sini pastu lupe dah pasal nak study ni. Dalam setengah tahun jugak laa lost dengan dunia main main ni, baru terfikir nak apply universiti lagi. Dalam dua tiga hari, hardwork gile study pasal universiti universiti yg ade kos yg aku minat ni. That week jugak, siapkan cover letter ngan dokumen ngan sijil sijil ape semua pergi pos. Takde laa banyak universitinye. Ade tige jee sebab yg lain semua nak syarat khas tak pass. Hahahaha *sedar diri.
After a few months pulak, one of my besfren ni dia share link suruh check nama g interview. Wooo. Time moves pretty fast uols. Tak puas lagi nak main. Haha. Ok ok ! Times up. Aku dapat interview wehhh. Time tu kecoh gila. Ahahahahahaha.
Sampai tempat interview, not bad. Badan semua macam bodybuilder. Yg girls, gila fit nak mampos lawaaa. Maklumlah, kos sports kan. Paham paham jelaa kalau nak banding ngan aku yg banyak lemak ni. Haha. *hantuk kepala kt meja*.
Pepagi tu first kena buat test kecergasan. Beb, come on lah. Dia suruh main lari lari ngan fleksible jee. Hahahahahahahaha. Main main tu memang bidang aku k. As well, confident level memang tinggi jee. Mudah sangat test kecergasan tu. *berlagak*. Walaupun masa bleep test tu ade gak laa rase nak putus nafas. Kahkah. Takpe, chill lah.
Lepas test kecergasan, baru lah g interview formal dalam bilik ade panel tu. Ok. This is my first time. Seriously nervous gilakkk. Sekali, bila masuk interview tu, panelis tu rilek jee. Takde laa scary macam dorang citer. Ceh ! Siap gelak gelak lagi. **Tapi aku rasa, ni ade kaitan ngan high level confident kot. Ahaha.
Then, a few days before. My besfren again remind me to check result interview tu. Bajet jee macam cool time counting hours nak check. Padahal jantung dubdapdubdap macam duduk sebelah speaker dewan masa exam listening muet dulu. Ahahaha *main main lagi*. You know what, masa counting ni.. Tak boleh buat ape. Jammed. Tido tak lena. Mandi bukan setakat tak basah, mandi pun taknak. Kahkah.
And again.. 'Nama anda tiada dalam senarai' as well. Esok, lusa nya check lagi. Check lagi. Memang takde. Hm. Down lagi .. Tp tak give up. Apply rayuan pulak.
Lepas apply rayuan ni.. Dengan berkat usaha, doa dan kesabaran yg tinggi untuk jadi manusia paling bertawakal atas muka bumi time ni. Alhamdulillah.. finally, dapat jugak universiti. ok lah upsi jee daripada tak dapat memane.
alhamdulillah, ijazah sarjana muda sains sukan. ni semua untuk makbapak aku. untuk cikgu cikgu aku. Untuk 'someone' aku. dan untuk semua yg mendoakan aku. Mintak maaf lambaf. Tapi.. terima kasih untuk segalanya. Terima kasih :')
semua ni ade hikmah. Bismillah ..



LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.