BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

20 April 2013

get ready !

assalamualaikum. hai haii. harap readers berkeadaan baik baik jee. hmm .. about topic today,
"the weird thing was, i usually log in to my dashboard and stuff, but but, i just don't blog. HAHA. so how's things working out man? errr. the usual for me, tired as always but still, i had my friends cheering me up ! exam's just around the corner. and crap, i haven't study a single thing. wooo, lazinesss disease is just too hard to handle. still had 30 more days to study before exam semester dua. GOD, help me. hmm.. this time i promised myself i won't fail my pengajian perniagaan again. god , please !"
okay, bermula hari ini..  memang tak lebih tak kurang 30 hari sahaja lagi untuk duduk dalam dewan peperiksaan. makanya, aku tak boleh lagi nak bagi muka dekat otak aku. beb, aku PERLU study untuk cover result semester satu aku haritu. memanggg tak senonoh keputusan haritu. please please.. aku kena struggle. iye, walaupun aku cakap macam yeeee je nak usaha lebih la bagai. but at least, aku cakap ni dapat motivate diri sendiri. kan ?

alright. so far sekarang.. aku plan nak buat jadual untuk had kan masa aku berlaman sosial. sial ? no .. berlaman sosial. hoi, aku bukan bersosial macam korang keluar malam lah merempit lah dating lah ape ape lah. eh jap, dating ? haaaaa.. jauh sangatlah kalau aku dating. tak mungkin. aku takde pakwe lahaii. haha.. so, itu adalah satu keistimewaan hidup aku. tak perlu berkongsi masa dengan sesiapa. pewittt !

seterusnya, aku akan berusaha sedayaaaaaaa upayaaaaa aku untuk follow schedule yang akan aku buat untuk manage masa aku sendiri. dan keperluan keperluan lain mungkin aku akan gadai laptop n handset kat mama. oi ! gilaaaaa ke ? memang tak ah aku nak buat macam ni. cukup tiga hari sasau kot. adoi.. ini lah masalah nye. aku terlalu ketagih untuk berlaman sosial. kenapa kenapa kenapaaaa ?! orang lain tak cacat pun kalau tak online kan ? aku pun tak tau la. doa jelah aku akan stabil lepas ni. aku berusaha okay ~~

langkah pertama membuat jadual waktu. dan langkah kedua follow jadual dan lain, aku akan menghadkan aktiviti lain. ini satu lagi masalah ! aktiviti lain ? wowwww.. terlalu banyak aktiviti lain untuk dihadkan. ntah laa macam mana. base on situation. okay, till then. aku nak pergi training ni.. i've not much time. mybe akan update entry lepas habis semester dua nanti. maksud aku bulan mei lah lepas exam ? hahaa.. bubyeee readers ! i will miss ya ;)

wish me luck.
It's time to begin, isn't it?

LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

17 April 2013

rajin laa pulak.

hoi hoi. eh hai. hihi ..

korang, hari ni aku rajin menyambung entry haritu yang tiba tiba takde mood kan. haaa.. harini tibeee rasa rajin jee nak post tapi pada hakikatnya, aku bosan nak siapkan slideshow pengajian am tu. kahkahh.. sebab tu aku lari ke sini. hewheww.. ngengg jee kan -.-" alahhh.. biasa la, bosan tu bukan boleh tepis macam riket badminton tepis bulu tangkis kan. emm .. penyakit betul lah aku ni. adoii ..

so, harini nak cerita pasal ape ek. emm .. hah ! pasal aku ni yang nak exam dah tapi tak reti nak sedar diri. weh .. tolong laa, aku bukan tak sedar diri. aku tau nak exam semester 2 dah bulan depan. tapi.. apekan daya, aku tak berdaya. hahaa ! ish .. sekarang ni ntah ape ape jee lagi keadaan nye. dengan presentation kajian baru nak mula nya.. em, selagi bnde tu tak settle.. selagi tu lah aku rasa everything is okay. hahaa.. kepala hotak lah kan. alaa.. lantak laa.. aku tau masa aku.

hmmm.. trial haritu aku dah cuba tak online dua tiga hari konon nak fokus pada study. ye betul.. sumpah aku buat. aku tak online pun. aku study.. serius. tapi ape yg aku usaha tu .. tak berbaloi. result aku sama jee online ke tak online. ape lagi aku nak buat. hai lah badan :'/ sedih nya. dah usaha da.. kenapa lah susah sangat rezeki aku nak cemerlang ni ?

sekarang aku selalu tidur lewat. kadang kadang tak perasan jee buat ape. tup tap tup tap , ehh.. dah pukul duabelas lah, satu pagi dua pagi. kenapaaaaaa lalai sangat aku pun tak tau lah. masalah tambahan, dah laa selalu terlajak masa lepastu kalau rasa lapar aku main tibai jee nak makan ape. sumbat sumbat sumbat.. padahal, lupa coach aku pesan takleh makan pukul 8malam dan keatas untuk jaga badan. hoi ! aku mengaku lah badan aku dah macam kingkong. dah tu apehal ? gelak laa gelak. hhaishh .. disebabkan ini, aku mengantuk dalam kelas tahap dewa tahu !

so pada idea aku yg bernas ni.. rasa macam nak pakai korset. nak beli korset lah.. kalau pakai korset, tak boleh tdo dalam kelas. lepastu, semangat sikit nak jaga badan. hewheww.. effektif kan. haha.. dah dah. ni rahsia okayyy ! tak payah jadi reporter kat orang lain. nanti aku femes, korang gak jeles kan. hahahahaa .. ape lah merepek nye ni. dah laa.. aku ni sebenarnya tengah merana nak siapkan slide presentation esok. kejap lagi kena berangan gak sikit sikit nak bercakap kat public kan. hihi .. wish me luck. bubyeeee ~
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

14 April 2013

me now.

hai hai .. hai ! emm.. macam bloggers lain. aku pun cakap ni sebelum type entry. hihi.. lama dah tak update blog kan. okay, bosan dah -.-" ops sorry*

harap readers semua dalam keadaan baik macam aku. ngeee.. baik lah sangat. untuk julung kali nya aku update lagi tahun ni buat kali yg ke dua. ye kali kedua pada bulan april. haha.. teribble ! kali pertama bulan januari haritu. bulan mac n februari aku hilang. emm .. sangat lah kusut dan tak tahu manage masa sendiri untuk berlaman sosial yg hilang cmtu jee ? ish .. kena siasat semula ni. kehkehh..

acctually, takde laa. aku tak hilang. aku baik baik jee.. aku takde sekejap sebab keaadaan semasa aku sebagai pelajar pra Universiti yang sangatlah padat. padat ? ye padat. alaa.. macam ikan sardin dalam tin tu .. ha ha ha *gelak terpaksa*

haih.. aku takde laa rasa teruk sangat. tapi kawan kawan aku yg lain buat aku rasa tekanan sikit. dorang terlaluuuuuuu stress untuk kertas projek pengajian am semester dua ni. pada pendapat aku, bendanya mudah. alaa.. macam folio sejarah tingkatan 3 tu. ntah laa.. aku tak faham ape yg jadi tekanan sangat. dengan cikgu cikgu sekali stress aku tengok.

so.. tak nak cerita panjang cuma nak bgitau je keadaan semasa aku sekarang. tu je.. lain lain hal, aku sangat bersemangat untuk beraktiviti lasak. mula sambung semula aktiviti aku yg dah tinggal beberapa tahun lepas, taekwondo. yes taekwondo ! aku bukan ape .. semangat sukan ni datang sebab mindset aku, boleh kuruskan badan dengan aktiviti sihat macam ni. hahahh.. yela kurus ! kenapa nye ? aku tak gemuk. cuma aku nak kurus. please lah korang, persepsi jangan over sangat kay ! aku flyingkick kang. ekekeke ..

dah dahh. sudah ! spe baca entry ni lepas tu kutuk kutuk aku.. siap laa aku belanja penumbuk sensorang. hehe. lain lain aktiviti aku.. macam biasa lah. alaa biasa biasa tu. tidurrr je. hoi ! ape ? tidur pun aktiviti jugak kan ? kan kan ? okay. korang jangan hipokrit kay ! aku tau .. semua orang suka tidur. selain pada ahli ahli parlimen dan orang orang kuat politik yang berdebar nak dekat pilihanraya ke 13 nanti. tapi aku rasa, dorang pun suka tidur. kalau tak, otak orang tak tidur ni tak cergas, mana nak dapat idea kondem orang kan. so, haha.. korang orang politik tegar ke ? tak kan ? so.. akur jelah aktiviti tidur tu yg korang suka. jangan banyak cerita. lalalalala ..

dan lagi.. hidup aku sekarang rasanya habis kat sekolah jee. dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang. berapa jam ? haaa.. kira lah berapa jam. tapi takpe. aku ikhlas duduk kat skolah tu. konon konon laa.. yelaa, aku nak result sTpm aku cemerlang. aku dah usaha. walaupun sikit, aku usaha. nak berjaya, nak masuk universiti, kerja bagus bagus, makbapak aku bangga, adik adik aku senang nak pape, aku nak ! tapi .. tu lah masalah manusia ni ada tapi. tak reti macam nana nak hilangkan 'tapi' ni .. haih.

masalah tetap masalah. kena cari jalan penyelesaian. selesaikan masalah diri sendiri. aku tengok zaman sekarang, termasuk lah aku.. masalah orang boleh bagi pandangan, nasihat bernas. tapi, diri sendiri ? haaa.. fikir lah masing masing. tercakap pasal masalah ni, terus takde mood dah nak merepek. sudah laa.. esok esok kalau rajin aku update lah. eleyy.. lagipun berapa kerat sangat baca entry aku kan. hahahh.. bajett retiss jeh. bubye ;)
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.