BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

31 December 2012

penutup 2012.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

assalamualaikum, dan salam satu malaysia ;)

hai hai anda semuaa. hopes everything is under control.
i would like to wish you guys happy new year ! 
alhamdulillah .. we are going to 2013. weeeeeee ~
and, one step to old. hewheww .. welcome nineteen :D
wah .. im getting old already. ops ! well, i hope i can be more matured. 
good behavior. do my responsibility with the great ways. 
no need too much joking. serious with my studies. make my parents proud. 
be a good daughter. be a good sister. be a good classmates. 
be a good schoolmates. be a good roomates. be a good leader. 
be a good student. be a good for all. and be a good me of myself. 
acctually, i want review about my life in 2012.. but, i got no time. 

so .. serba sedikit tentang 2012, aku.. pelajar pra universiti kohort pertama sistem modular. jurusan kemanusiaan. empat subjek gila. pengajian am, geografi, pengajian perniagaan dan sains sukan. dan lagi, aku terjebak dengan sukan berbasikal. atas faktor sukan ini yang sedang berleluasa.. aku terpengaruh. macam biasa lah, ape pun yg aku buat, aku tetap hebat ! wahhhahahh.. walaubagaimanapun, aku tak lupa sukan paintball dalam jiwa aku. ehee .. 

emm, tahun 2012 aku ni, aku banyak belajar. as well lah. belajar jee .. hello, belajar bukan bermakna mengadap buku jee kay. belajar tu macam macam cara. oh lupa ! pasal boyfriend. haha .. sekarang ni, semua dah ada bf gf kan. aku ni pelik sikit lah. ntah laa knape kan. aku takde bf lah senang cerita. nak kata aku ni tak lawa. menipu jee. aku ni cun korang tau tak ! haha .. biasa laa, mybe sebab aku ni selekeh sikit. maklumlah.. budak sukan. haha.. lagipun, aku ni seorang yg sibuk membuat aktiviti. takde masa nak fikir bf bf ni. please laa kay.  

emm.. eh, aku ni sebenarnya takde masa sangat nak story panjang panjang. ni dah merepek ape dah ni -.-" kalau nak diikutkan hati, aku macam nak tulis laporan bulanan tahun 2012. haha.. tak sempat. lain tahun kayy :p

sekian sajalah untuk tahun ni. harap korang korang baik baik jee hendaknya. akhir kata, yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan tauladan. semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, bye :)

be more str0ng and brave to face this new life.

LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

06 December 2012

lapan belas

*udara sejuk musim hujan mencium lembut kulit yang diselimuti toto nipis pada saat ini, jatuh air mata kerana tersebak sendirian. baru sahaja siap membaca yasiin dan menunaikan solat isya', tangan dan otak bekerjasama bergerak laju melahirkan idea untuk tatapan hati sendiri. mungkin kerana penat berlawan dengan beratus ratus ucapan selamat hari lahir dari rakan rakan facebook dan tidak ketinggalan kenalan yg menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit. memujuk hati dengan melayan laman sosial dan telefon bimbit seharian dari celik mata sampai sekarang, ribuan terima kasih. terima kasih ini ikhlas kerana kalian tidak kedekut waktu untuk memberi ucapan walau sependek 'hb'. sekali lagi, terima kasih ya. walau hari lahir yg ke lapan belas ini tidak diraikan dengan kek seperti tahun tahun sebelumnya, tidak dikejutkan dengan perang bertepung dan telur. tidak disambut dengan nyanyian sahabat sahabat yg semakin jauh. tidak seperti angan angan aku untuk memiliki puluhan belon yang terapung dan tidak ditemani sesiapa. ya, lapan belas ini sepertinya aku sendiri. seorang diri menunggu sesuatu yg tidak pasti. walau semua yg seperti dulu tidak ada, tetapi .. satu yg wajib sejak lahir hingga kini, ciuman dipipi oleh kedua orang tuaku dipagi hari ini. terima kasih ya Allah..* 


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

alhamdulillah, anugerah tuhan.. enam disember dua ribu dua belas aku masih lagi bernyawa. terima kasih bonda permaisuri aku, mama. dengan ayahanda engku. lapan belas tahun mereka membesarkan aku dengan menelan segala ragam aku. alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala apa yg ada. tiada rasa kekurangan. sentiasa dipermudahkan oleh tuhan. alhamdulillah, lapan belas tahun bagi aku bukanlah umur yg membebaskan aku dari kawalan dua orang tua tercinta. lapan belas tahun bagi aku adalah umur dimana aku perlu belajar berdikari. berdiri di atas kaki sendiri yg sudah boleh mula mengorak langkah terus menuju ke menara gading. untuk membalas jasa. ya jasa. lapan belas ialah umur dimana aku harus mula belajar untuk membalas jasa ibubapa yang aku tahu ianya tidak akan pernah terbalas oleh mana mana anak sekalipun.

ya Allah.. ampunilah bagiku segala dosaku, dan juga dosa dua ibubapaku,
dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin..
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.