BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

25 November 2013

stpm moment #3

yes ! paper untuk sem 3 dah habis. hoooray !
aku berjaya menghadapi saat saat genting
hadap nota express yang aku buat sendiri. kehkehh..
serius, memang mcam tak percaya jee dah habis sem.
kalau lah tak repeat paper kan, aku dah habis skolah da.
hohoho.. in a few days, ops.. in a couple of day,
aku da bukan budak sekolah. dan dah tak akan boleh jadi budak sekolah.
hihi .. takde da form seven. last dah, peluang yang terakhir jadi budak skolah.
form six. and seriously, banyak ajar aku untuk hidup cara matang sikit.

taknak ulas banyak pasal perasaan excited aku habis sekolah ni,
sebab sebenarnya aku belum habis lagi. hahaha
ada lagi dua paper. esok paper sains sukan and acctually,
paper tu paper repeat sem 2. ngeee .. aku repeat sebab
aku aim sains sukan aku A. walau cmnerpun, aku kne usaha.
takde subjek lain dah aku boleh score A aku rasa.
sains sukan je kot boleh tolong pointer aku.

paper lagisatu aku repeat pengajian am. sebab .. aku rasa tak selamat.
serioushit, kalau pointer pAm tak lebih 2.00.. sia sia jee woi amek stpM tahu !
so.. alang alang cari penyakit, biarlah sakit. nanti dapat ubat, gumbiraaa laa kan.
dan untuk tak nak bagi korang rasa aku ni repeat paper sebab mengada ngada,
aku sebenarnya ada repeat satu lagi paper untuk pengajian perniagaan. ok, ni sem 1.
ni antara usaha aku untuk top up pointer kalau ada rezeki.
sebab.. em ok malu nak ngaku, tapi.. the truth is, pP aku tak pernah pass weh.
so, aku repeat ni dengan usaha n tawakal je.
btw, warna kertas soalan yang repeat pun cantik. haha .. warna peach gittewww !


ok, benda dah lepas.. biarkan. esok aku kne struggle untuk paper sains sukan.
bajet bajet, in shaa Allah .. A ! aamiin ..
lusa pengajian am pulaks. lepastu.. yeayyy ! tak payah g skolah da. hihi

LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

08 November 2013

moment stpm #2

yeayyy ! paper pengajian am n geografi sem 3 dah lepas.
hikhikkk .. alhamdulillah boleh tahan dari paper HOTS sains sukan semalam.
takde la extreme tahap hantuk kepala ke meja harini.
hasil usaha study semalam. cey ceyyy.. konon je.

ha, pasal paper tu .. warna cover question paper tu cantik.
ala ala hijau turquoise gitewww.
em, ingatkan paper sains sukan jee warna special cmtu.
rupanya, paper stpm yg lain pun sama.
haha .. berwarna pulak cover kertas soalan zaman ni.
patut laa ramai result tak bagus. agaknya, MPM suruh repeat paper.
lepastu hasil yuran repeat paper tu dorang kaya. ada lebih lebih ..
cantik jee cover kertas soalan. cerdik lagi genius MPM neh. kohkohh


okay.. jujur. aku ni tak bukan tak cerdik. tapi MPM yg aniaya aku. hahaa
sebab result sem lepas tak bagus, terpaksa lah aku repeat paper. 
padahal, yuran yg aku bayar untk repeat paper tu dorang collect beli pewarna kertas.
almaklumlah, trend zaman skang nak warna turquoise lah bagai. hmm
HAHAHA .. okay tipu. aku memang tak cerdik. wajiblah repeat paper bagi pointer naik.
study hard sikit. cakap nak masuk U kan. heish.. membebel pulak. okay okayyy ..

rehat dulu sehari dua. rabu next week paper last sem 3. killer paper k. 
pengajian perniagaan. all the best for me. hoooyeah !

LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

06 November 2013

moment stpm #1

okay. dah habis paper sains sukan sem 3.
soalan macam haremmm. susah nak mati menjawabnye.
ntah pape jee bende keluar yg tak pernah nampak dalam nota.
rasa bangsat jee g skolah selama ni.
apebende laa. sedih betul.

balik rumah, mama buat muka teruja anaknye dah balik.
ya allah .. syahdu benor rsenye.
maaf ma, anakmu ini tak cukup cerdik untk paper harini.
hmm :'(

esok pengajian am dengan geografi pulaks.
study ! esok tak nak rasa perasaan macam ni lagi dah.
okego !!
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

14 April 2013

me now.

hai hai .. hai ! emm.. macam bloggers lain. aku pun cakap ni sebelum type entry. hihi.. lama dah tak update blog kan. okay, bosan dah -.-" ops sorry*

harap readers semua dalam keadaan baik macam aku. ngeee.. baik lah sangat. untuk julung kali nya aku update lagi tahun ni buat kali yg ke dua. ye kali kedua pada bulan april. haha.. teribble ! kali pertama bulan januari haritu. bulan mac n februari aku hilang. emm .. sangat lah kusut dan tak tahu manage masa sendiri untuk berlaman sosial yg hilang cmtu jee ? ish .. kena siasat semula ni. kehkehh..

acctually, takde laa. aku tak hilang. aku baik baik jee.. aku takde sekejap sebab keaadaan semasa aku sebagai pelajar pra Universiti yang sangatlah padat. padat ? ye padat. alaa.. macam ikan sardin dalam tin tu .. ha ha ha *gelak terpaksa*

haih.. aku takde laa rasa teruk sangat. tapi kawan kawan aku yg lain buat aku rasa tekanan sikit. dorang terlaluuuuuuu stress untuk kertas projek pengajian am semester dua ni. pada pendapat aku, bendanya mudah. alaa.. macam folio sejarah tingkatan 3 tu. ntah laa.. aku tak faham ape yg jadi tekanan sangat. dengan cikgu cikgu sekali stress aku tengok.

so.. tak nak cerita panjang cuma nak bgitau je keadaan semasa aku sekarang. tu je.. lain lain hal, aku sangat bersemangat untuk beraktiviti lasak. mula sambung semula aktiviti aku yg dah tinggal beberapa tahun lepas, taekwondo. yes taekwondo ! aku bukan ape .. semangat sukan ni datang sebab mindset aku, boleh kuruskan badan dengan aktiviti sihat macam ni. hahahh.. yela kurus ! kenapa nye ? aku tak gemuk. cuma aku nak kurus. please lah korang, persepsi jangan over sangat kay ! aku flyingkick kang. ekekeke ..

dah dahh. sudah ! spe baca entry ni lepas tu kutuk kutuk aku.. siap laa aku belanja penumbuk sensorang. hehe. lain lain aktiviti aku.. macam biasa lah. alaa biasa biasa tu. tidurrr je. hoi ! ape ? tidur pun aktiviti jugak kan ? kan kan ? okay. korang jangan hipokrit kay ! aku tau .. semua orang suka tidur. selain pada ahli ahli parlimen dan orang orang kuat politik yang berdebar nak dekat pilihanraya ke 13 nanti. tapi aku rasa, dorang pun suka tidur. kalau tak, otak orang tak tidur ni tak cergas, mana nak dapat idea kondem orang kan. so, haha.. korang orang politik tegar ke ? tak kan ? so.. akur jelah aktiviti tidur tu yg korang suka. jangan banyak cerita. lalalalala ..

dan lagi.. hidup aku sekarang rasanya habis kat sekolah jee. dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang. berapa jam ? haaa.. kira lah berapa jam. tapi takpe. aku ikhlas duduk kat skolah tu. konon konon laa.. yelaa, aku nak result sTpm aku cemerlang. aku dah usaha. walaupun sikit, aku usaha. nak berjaya, nak masuk universiti, kerja bagus bagus, makbapak aku bangga, adik adik aku senang nak pape, aku nak ! tapi .. tu lah masalah manusia ni ada tapi. tak reti macam nana nak hilangkan 'tapi' ni .. haih.

masalah tetap masalah. kena cari jalan penyelesaian. selesaikan masalah diri sendiri. aku tengok zaman sekarang, termasuk lah aku.. masalah orang boleh bagi pandangan, nasihat bernas. tapi, diri sendiri ? haaa.. fikir lah masing masing. tercakap pasal masalah ni, terus takde mood dah nak merepek. sudah laa.. esok esok kalau rajin aku update lah. eleyy.. lagipun berapa kerat sangat baca entry aku kan. hahahh.. bajett retiss jeh. bubye ;)
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.