BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

31 December 2012

penutup 2012.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

assalamualaikum, dan salam satu malaysia ;)

hai hai anda semuaa. hopes everything is under control.
i would like to wish you guys happy new year ! 
alhamdulillah .. we are going to 2013. weeeeeee ~
and, one step to old. hewheww .. welcome nineteen :D
wah .. im getting old already. ops ! well, i hope i can be more matured. 
good behavior. do my responsibility with the great ways. 
no need too much joking. serious with my studies. make my parents proud. 
be a good daughter. be a good sister. be a good classmates. 
be a good schoolmates. be a good roomates. be a good leader. 
be a good student. be a good for all. and be a good me of myself. 
acctually, i want review about my life in 2012.. but, i got no time. 

so .. serba sedikit tentang 2012, aku.. pelajar pra universiti kohort pertama sistem modular. jurusan kemanusiaan. empat subjek gila. pengajian am, geografi, pengajian perniagaan dan sains sukan. dan lagi, aku terjebak dengan sukan berbasikal. atas faktor sukan ini yang sedang berleluasa.. aku terpengaruh. macam biasa lah, ape pun yg aku buat, aku tetap hebat ! wahhhahahh.. walaubagaimanapun, aku tak lupa sukan paintball dalam jiwa aku. ehee .. 

emm, tahun 2012 aku ni, aku banyak belajar. as well lah. belajar jee .. hello, belajar bukan bermakna mengadap buku jee kay. belajar tu macam macam cara. oh lupa ! pasal boyfriend. haha .. sekarang ni, semua dah ada bf gf kan. aku ni pelik sikit lah. ntah laa knape kan. aku takde bf lah senang cerita. nak kata aku ni tak lawa. menipu jee. aku ni cun korang tau tak ! haha .. biasa laa, mybe sebab aku ni selekeh sikit. maklumlah.. budak sukan. haha.. lagipun, aku ni seorang yg sibuk membuat aktiviti. takde masa nak fikir bf bf ni. please laa kay.  

emm.. eh, aku ni sebenarnya takde masa sangat nak story panjang panjang. ni dah merepek ape dah ni -.-" kalau nak diikutkan hati, aku macam nak tulis laporan bulanan tahun 2012. haha.. tak sempat. lain tahun kayy :p

sekian sajalah untuk tahun ni. harap korang korang baik baik jee hendaknya. akhir kata, yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan tauladan. semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, bye :)

be more str0ng and brave to face this new life.

LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

07 November 2012

kalut terakhir.

salam musim tengkujuh !
hehe .. *ada ke macam tu?* bedal lah. haha ..

well .. para pembaca sekalian, hari ni merupakan hari terakhir aku membaca buku penggal pertama stpm tahun 2013. sebab, baru tadi .. aku dah habis jawab exam final penggal satu stpm 2013. yeayy ! bagus nye rasa. dan sekarang barulah dapat nak menikmati kesejukan musim hujan. haha .. yang semalam semalam, walaupun hujan lebat, aku takde rasa pape. *ecece .. nampak benor nipu nye* okay okay, dah la kan.

sebenarnya, tujuan aku rajin update post entry hari ni ada sebab. sebab nya adalahhh .. *teng teng tengg ...*
aku nak cerita betapa lawakk dan malunya aku tadi. dan betapa aku konfiden nye pergi sekolah nak jawab exam. ceh ! drama semata mata. cenggini cerita nya..

dari malam tadi, aku study study study dan terus study, *hekkelehh, nak bajet cerdik laa ni. kahkahh* dan memandangkan paper last aku killer subject yang susah tahap taufan katrina, tornado freeze, taufan sandy dan sebagainya .. maka aku dengan usaha gigihnya TERPAKSA lah study bermati matian. *eceee konon*. emm .. paper yang dimaksudkan adalah paper pengajian perniagaan a.k.a Pp. so, paper Pp pukul 2.30pm.. baguslah sangat, kementerian suruh buat Pp waktu tidur petang. korang fikir lah betapa heaven nya kan kan .. 



dan, kerana aku dah rajin study malam .. aku pun tidur lewat. lepas subuh, aku tewas jugak pada bantal, tilam dan selimut. emm .. tidak dinafikan, benda tu semua musuh aku. dan sebab aku lemah, aku tewas ! *cehh .. buat sedap cerita* lepas tu, aku sedar dalam pukul 9pagi. emm .. macam biasa lah, laparrr. dan tabiat aku, sebelum makan.. online lah dulu. haha .. bagus kan perangai ? *adikadik, sila jangan tiru*

online online dan online, aku pun tersedar dari alam maya ke alam nyata. haha .. ambekk kau ! dah pukul sebelas. tanpa berfikir panjang, aku pun gosok uniform yang selalu budak pra-U afzan pakai hari rabu. alaa .. baju merah tu. konon konon korperat tu lah. kahkah .. okay siap. aku mandi, makan, bersiap dan terus bergerak ke sekolah.

untuk pengetahuan korang, kalau nak duduk peperiksaan besar macam stpm ni .. adalah tidak dibenarkan memakai uniform lain selain baju sekolah putih dan kain/seluar hitam dan tudung putih sahaja dibenarkan. ni tak tahu lah peraturan sekolah aku je ke or seklah lain pun sama. emm .. uniform lain memang tak boleh la, antara contohnya macam ni ..

1 23

haha .. okay, faham semua ? emm .. baju 1 tulah yang aku cakap baju korperat hari rabu. dan baju batik merah jambu tu untuk hari khamis dan baju 3 tudung hitam tu untuk hari jumaat. okay, berbalik kepada cerita .. aku pakai lah baju untuk hari rabu tu. *cikgu dah pesan dah masa taklimat haritu tak boleh pakai waktu exam nanti* aku tak tahu lah setan jenis ape yang tutup telinga aku tak bagi aku dengar arahan. hufttt -.-"

sampai je kat skolah, ada abg senior aku ni .. si reza tegur. dia tanya, "eh, kenapa pakai baju ni?" aku jawab jelaa macam bagus kan, "haha.. knape ? tak boleh ke ?" tanpa pandang muka dia, aku bla terus ke block aku. tiba tibaaaaaa .. hafey member aku pulak jerit dari surau, "hoy yaya, suka hati jee pakai baju tu ! mana boleh laa" errr .. dengan jantung yang berdegup tak berhenti aku pandang hafey pakai uniform biasa, aku langkah setapak tercegat depan bilik cikgu. "err .. cikgu, saya silap pakai uniformmm.." tanpa dapat dikawal, aku tak tahu air mata tu dah jatuh macam hujan tak berhenti. kahkah.. *sengal nye masa tu aku rasa* cikgu zila pulak cakap "laaa .. awk tak dengar ke sye dah pesan kan haritu ! dah, pergi cari budak asrama, pinjam baju."

dengan takde perasaan malu, aku pergi bilik kuliah. aku nampak kakak kakak upper. "emm .. kak sarah, sini japp" muka memasing pelikk je. dah laa ada abang abang upper lagi. pehh, malu gaban la wey. tak sempat kak sarah bangun, aku cakap terus.. "akak,, yaya exam hari ni. silap tak boleh pakai uniform ni. nak pinjam baju skolah biasaaaa." style akak ni .. dorang gelak dulu. huftttt .. hampeh je rasa. lepas tu, kak unaa bangun, dia memahami betul. dengan segera dia tarik aku pergi asrama. lega sikit. "akak ada baju dah gosok. jom cepat" wahhhh .. terharu betul aku.

thanks alot kak unaa ! siap salin uniform semua, settle lah. lawak pulak aku rasa. macam mana laa boleh salah ni. mentang mentang laa paper last. nak buat hal pulak. selalu elok jee. ish ..

keluar je pada asrama, aku nampak set set akak upper tunggu. elok laa gelak kan aku lagi. padan mukaa sendiri. yang budak budak kecik kat depan block tu jerit "fuyo.. kak yaya jadi transformer. mana baju merah tu?" aku tunjuk gigi jelaa kat bebudak ni. *dalam hati aku, damn ! kepala hotakk awak semua dikk. aku ni nak exam kelam kabut tahu tak !* sabar sabarr. dari jauh aku nampak cikgu zila tunggu depan bilik kuliah. okay, jam dah pukul 2.15pm ..

15minit je lagi nak masuk dewan exam. aku masuk bilik kuliah, hafey dengan bebudak kelas semua pandang aku. okay, dapat kena bo0o0o .. memang baguss. dengan muka lepas menanges nye, aku sengeh jelaa. bagus kan. kiri kanan kiri kanan kiri kanan, pengawas dewan panggil masuk dewan. bismillahirrahmanirahim .. aku jawab exam dengan tenang. macam biasa lah, soalan memang tahap membunuh. dan ape yang paling penting, redho dengan ape yang berlaku. tamat -

maka, tamat lah jugak penggal pertama stpm sesi 2013 dengan pengalaman tak cerdik macam ni. sekian .. horeyyyy !!




LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

13 September 2012

semakin hari ..

semakin hari sepatutnya bijak berfikir dah ape yang patut dan tak patut atau ape yg perlu dan ape yg tak perlu kan. sila update kan diri kita bersama. cheers ! *tekanan tekanan*
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

21 July 2012

salam ramadhan 1433H :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

guys ! selamat berpuasa ye. ramadhan kali ni, aku bukan nak lawan sesiapa. aku cuma nak lawan diri aku sendiri. koyak dan buang segala perangai buruk. berhenti segala maksiat. kalau tak dapat semua pun, sehabagian pun jadilah. ingatlah, puasa ini kerana Allah. bukan untuk sesiapa apa untuk apa apa.

semoga tahun ni lebih bermakna dari yang sebelum sebelumnya. go0d luck :)
LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.