BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

04 June 2014

our new june.

hai uols. nah. pejam celik pelik dah bulan jun sekarang. laju betul masa berjalan eh berlari. sedar tak sedar jee dah pertengahan tahun dah. uih. separuh umur dua puluh tahun iols ni dah membazir rupanya. bile lah nak berubah. asyik berangan ajee. haha -.-

ekceli, entry kali ni takdak topik pun. sesaje nak update. em .. alang alang, iols bgitau perkembangan semasa iols sekarang ni. ok, iols sebenarnya masih lagi memegang jawatan tertinggi dalam family iols ni iaitu sebagai penganggur terhormat. well, sebagai seorang yang bekerjaya macam ni.. memanglah sangat sibuk.

tapi dalam jangka masa beberapa bulan ni aje iols duduk memalaskan badan. nanti ade lah panggilan kursus lah, temuduga lah, kem lah, banyak aktiviti lagi. buat masa ni aje saje taknak lagi kemane mane. maklumlah, ehem ehem iols ade kt kampung ni tengah cuti sem. hehehe. gedik sikit iols sekarang. sorry ok

ha, tadi iols cakap ehem ehem iols tu bukan nye pakwe iols ok. tu crush aje. iols bukannye sedang bercinta. iols bertepuk sebelah tangan. alaa.. acah acah macam ade pakwe. padehal, mane ade. siapelah yg buta nak kt iols yg tak gojes ni kan. phui ! ops sorry k

ok, sikit iols nak komplen pasal malaysia kita sekarang ni. ape lah nak jadi ? isu panda, cadbury, cicak dalam kicap, biawak dalam sos, gugurls bertinju, boboys buat duckface, penculik, perogol, kupu kupu kuantan, beli tudung fareeda sampai kena tidur kt kaki lima premis, isu mental manusia selfie, FAM buat tiket bola secara online, isu penyokong johorDT biadap, pahang menang piala FA 2014. ops. eh eh. tersasul pulak. ehe. oh come on malaysiaaa. wake up wake up ! ni semua agenda ape ni ? sila fokus balik kerja masing masing ok. jangan extream nak kecam negara kita. fikir balik. if you are too genius, then please be someone dan selesaikanlah masalah negara ni. jangan borak kencang sangat ok. 

untuk cik adik cik adik yg memang advance gile dalam alam maya ni pulak, korang belajar ikut silibus buku teks sekolah pun tak habis lagi.. jangan nak sesuka dan sesedap jari carut sana sini. haku tangankan karang baru tahu. nak beli sependar pun mintak duit mak ayah lagi. ish. tahu la batch korang ni baru nak up nak cari famous, glamour etc. etc .. lantak korang lah. tapi jangan murahan sangat. please use your brain ok. menyampah dah tengok viral yg brainless tau. 

eh iols pulak yg ter over. maaf k maaf. take care malaysian. have a blast !

*kalau diam, tak bermakna tak concern ok. 

LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

No comments:

Post a Comment

mulut kepada hati