BEST VIEWED IN GOOGLE CHROME

25 August 2010

ini kenyataan.

terus terang, gua tak layak nak mengulas tentang kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini. dalam keadaan hidup gua yang masih jahil, gua amat segan untuk bercerita tentang kehebatan bulan ramadhan. namun, gua gagahkan untuk terus menaip kerana gua tak gentar dengan kejahilan gua.kalau lu orang segan dengan kisah lampau, lu orang tak payah jadi manusia. senang cerita,lu orang boleh jadi kura-kura.

jujur, hidup gua masih jauh lagi dengan tuhan. gua pernah dengar orang cakap, "kalau kita ingat Allah, maka Allah ingat kita". Secara reversinya, kalau kita lupa padaNya maka Dia juga melupakan kita.gua masih takut untuk meneruskan tulisan ini. tapi, gua manusia. lu orang cakap iman lu orang nipis macam kulit bawang. iman gua 1000 kali nipis dari kulit bawang.

gua tak cari publisiti murahan.gua tak cari belas kasihan.gua cakap untuk diri gua dan untuk lu orang semua.sekali lagi gua cakap, gua memang tak layak nak mengulas isu2 sebegini. tapi gua beranikan diri supaya gua menjadi manusia kelak. gua bukan hang tuah. gua tak punya taming sari. gua bukan hang jebat gagah melompat-lompat. gua bukan mahatma gandhi bijak tutur bicara.tapi gua bukan orang gila.

sekarang, ramai-ramai tadah tangan. lu orang bertutur lah dengan nya. lu orang pejam mata. lu orang rasa Dia dekat atau jauh dengan kita. gua malas cakap banyak. cakap banyak pun tak guna. yang penting, selamat menikmati nikmat kurma.

adab berpuasa antara yang terpenting adalah :

menjaga lidah daripada berdusta,
mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang
tiada kena mengena dengannya.

salam ramadhan.


LIFE HAS NO REHEARSALS. ONLY PERFORMANCES.

No comments:

Post a Comment

mulut kepada hati